Bulan Ramadan merupakan bulan untuk kita memperbaiki amal ibadah. Bulan yang dijanjikan dengan pelbagai ganjaran bagi mereka yang sentiasa mencarinya.
Antara ganjaran yang Allah janjikan di dalam bulan Ramadan ialah keampunan, kerahmatan, dibuka pintu-pintu syurga, dimakbulkan doa dan terdapat satu malam yang mana amalan pada malam itu akan dilipat gandakan seperti ibadah selama 1,000 bulan iaitu malam lailatur qadar .
Amat rugilah mereka yang berpeluang bertemu dengan Ramadan, tetapi tidak memperolehi keampunan Allah.
